Tuesday 11 September 2012

Kejuaraan Silat Seni Dan Gendang Silat Peringkat Kebangsaan 2011

             Kejuaraan ini berlangsung di Stadium Gong Badak,Kuala Terengganu bermula dari 27 hingga 30 Disember 2011. Hampir seminggu kami disana,dan Alhamdulillah kami berjaya membawa pinggat emas untuk kontijen NEGERI SEMBILAN dalam kategori Tempur berpasangan senjata.
Tujuan kejuaraan ini di adakan adalah untuk memghidupkan SENI SILAT PULUT DAN GENDANG SILAT yang dah lama tenggelam dek arus zaman.
               Keputusan telah diambil kejuaraan ini akan di adakan setahun sekali atau dua tahun sekali.
Oleh itu, sama-samalah kita hidupkan semula seni yang telah dilupakan agar kekal segar di   generasi akan datang.





- Barisan hakim yang mengadili pertandingan dan menjalan kan tanggungjawab mereka dengan baik




- Pasukan gendang silat mengambil tempat untuk mengiringi persilat memperagakan persembahan mereka.




- Ahmad Syahmi dari kontinjen Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam kategori Solo tangan kosong putera



- Kategori solo bersenjata putera. mengambil tempat untuk giliran seterusnya.




-Silat pulut berpasangan semasa acara pertandingan gendang silat oleh pasukan Perak.




- Silat pulut berpasangan oleh pasukan Terengganu.






- Persembahan oleh hakim En Ghappar dari negeri Pahang.



- upacara penutup:- penyerahan sundang kepada V.I.P yang hadir untuk disarung semula ke sarungnya.





- Kontijen Negeri Sembilan yang disertai oleh
  - Mohd Syerza
  - Helmi
  - Ahmad Syahmi




- Kontijen Negeri Sembilan memenangi pingat emas acara tempur berpasangan senjata.



- Kenangan bersama hakim juri.




- Gambar kenangan kontijen Negeri Sembilan.

No comments:

Post a Comment