SANGGAR LELUHUR mendapat jemputan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyambut Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak semperna lawatan beliau ke Port Dickson. Yang Amat Berhormat tiba di perkarangan Kompleks Pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson dan disambut dengan paluan pergendangan cina, pergendangan india, dan seterusnya Paluan Talempong pacik oleh kumpulan Sanggar leluhur dan mengiringi Yang Amat Berhormat ke khemah utama untuk bersalam-salaman dengan rakyat.
No comments:
Post a Comment