Wednesday, 6 February 2013

PERSEMBAHAN MUSIK CAKLEMPONG DI BULAN RAMADHAN 2012

               Persembahan musik caklempong berlangsung di Alamanda, Putrajaya. Persembahan musik ini dilangsungkan sebelum waktu berbuka puasa bagi mengiringi para pelangan yang mengunjungi Alamanda, Putrajaya menunggu waktu berbuka puasa. Lagu-lagu yang di bawa oleh Kumpulan Kesenian Dan Kebudayaan Negeri Sembilan adalah berlatarkan identiti caklempong itu sendiri iaitu yang berlatarkan lagu Negeri Sembilan dan Minang. Disamping itu, Sanggar Leluhur juga membawa lagu-lagu Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan juga lagu-lagu raya yang di popularkan oleh artis-artis ternama tanah air. Terima kasih atas sokongan dan sambutan yang menggalakkan ketika persembahan kami. Ribuan terima kasih kami ucapkan.





PALUAN TALEMPONG PACIK/CAKLEMPONG BERJALAN SEMPERNA LAWATAN PERDANA MENTERI KE PORT DICKSON 3 APRIL 2012

         SANGGAR LELUHUR mendapat jemputan dari Yayasan Negeri Sembilan untuk bersama-sama menyambut Perdana Menteri Malaysia Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak semperna lawatan beliau ke Port Dickson. Yang Amat Berhormat tiba di perkarangan Kompleks Pentadbiran Majlis Perbandaran Port Dickson dan disambut dengan paluan pergendangan cina, pergendangan india, dan seterusnya Paluan Talempong pacik oleh kumpulan Sanggar leluhur dan mengiringi Yang Amat Berhormat ke khemah utama untuk bersalam-salaman dengan rakyat. 




KONSERT MARHABAH KOLEJ UNITI BERSAMA KUMPULAN NASYID UNIC

             Konsert marhabah Kolej Uniti, Pasir Panjang Port Dickson berlangsung di dewan MPH Kolej uniti pada 10 Mac 2012. Kelab kebudayaan Kolej Uniti telah di beri peluang untuk menyambut tetamu kehormat dan membuat persembahan musik caklempong untuk menghiburkan para tetamu dan penonton yang hadir di dewan MPH Kolej uniti ini.


2013 PEMBUKAAN TIRAI BARU DUNIA KEBUDAYAAN

               Maaf atas segala kesulitan pada para pelawat di blog kami, kerana tidak dapat update maklumat terbaru sanggar leluhur. Kami memohon maaf atas segala kesilapan dan kesulitan yang timbul. Kami akan memuat naik gambar-gambar program dan persembahan yang melibatkan Kumpulan Kesenian Dan Kebudayaan Sanggar Leluhur Negeri Sembilan dari semasa ke semasa.

Thursday, 13 September 2012

PEMILIHAN PERSILAT KE SUKAN MALAYSIA (SUKMA 2012)

               Pemilihan ini dibuat pada tarikh 25 Febuari 2012 Pemilihan ini disertai oleh para persilat dari Kolej Uniti, Pasir Panjang, Port Dickson dibawah didikkan En Mawlid Zaine. 2 orang dari kumpulan telah menjadi wasit juri untuk pemilihan persilat ini yang di wakili oleh Muhammad Afdal Kamal dan Mohd Syerza.  Seramai 7 persilat menyertai pemilihan ini. Hasilnya, mereka telah membawa pulang pinggat  1 emas kategori silat olahraga puteri kelas E (65kg - 70kg), 1 perak kategori silat olahraga puteri kelas A (45kg - 50kg),
1 gangsa kategori silat olahraga putera kelas F ( 70kg - 75kg).






- KATEGORI SILAT OLAHRAGA





- PARA PERSERTA YANG MENGAMBIL
  BAHAGIAN DALAM PEMILIHAN.






- PEMENANG KATEGORI SILAT OLAHRAGA 
  PUTERA KELAS F (70KG - 75KG) 
  





- PEMENANG KATEGORI SILAT OLAHRAGA 
  PUTERI KELAS A (45KG - 50KG)





- PEMENANG KATEGORI SILAT OLAHRAGA 
  PUTERI KELAS E (65KG - 70KG)




WASIT JURI : MUHAMMAD AFDAL 
                      KAMAL.




- WASIT JURI : MOHD SYERZA

Pengambaran program stamina Tv3

                       Pengambaran program STAMINA Tv3 di FOREST RESEARCH INSTITUTE- FRIM (KEPONG,KUALA LUMPUR) . Program pengambaran ini belaku selama 2 hari. Bermula 21 dan 22 Febuari 2012.  Pengambaran ini menunjukkan cara-cara senaman yang betul dari segi moden dan senam tua.
Selain itu, kami juga ada mengajar cara asas teknik bela diri dan asas serangan bela diri.

HARI PERTAMA PENGAMBARAN 21 FEBUARI 2012:




HARI KEDUA PENGAMBARAN 22 FEBUARI 2012 :




Tuesday, 11 September 2012

Kejuaraan Silat Seni Dan Gendang Silat Peringkat Kebangsaan 2011

             Kejuaraan ini berlangsung di Stadium Gong Badak,Kuala Terengganu bermula dari 27 hingga 30 Disember 2011. Hampir seminggu kami disana,dan Alhamdulillah kami berjaya membawa pinggat emas untuk kontijen NEGERI SEMBILAN dalam kategori Tempur berpasangan senjata.
Tujuan kejuaraan ini di adakan adalah untuk memghidupkan SENI SILAT PULUT DAN GENDANG SILAT yang dah lama tenggelam dek arus zaman.
               Keputusan telah diambil kejuaraan ini akan di adakan setahun sekali atau dua tahun sekali.
Oleh itu, sama-samalah kita hidupkan semula seni yang telah dilupakan agar kekal segar di   generasi akan datang.





- Barisan hakim yang mengadili pertandingan dan menjalan kan tanggungjawab mereka dengan baik




- Pasukan gendang silat mengambil tempat untuk mengiringi persilat memperagakan persembahan mereka.




- Ahmad Syahmi dari kontinjen Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam kategori Solo tangan kosong putera



- Kategori solo bersenjata putera. mengambil tempat untuk giliran seterusnya.




-Silat pulut berpasangan semasa acara pertandingan gendang silat oleh pasukan Perak.




- Silat pulut berpasangan oleh pasukan Terengganu.






- Persembahan oleh hakim En Ghappar dari negeri Pahang.



- upacara penutup:- penyerahan sundang kepada V.I.P yang hadir untuk disarung semula ke sarungnya.





- Kontijen Negeri Sembilan yang disertai oleh
  - Mohd Syerza
  - Helmi
  - Ahmad Syahmi




- Kontijen Negeri Sembilan memenangi pingat emas acara tempur berpasangan senjata.



- Kenangan bersama hakim juri.




- Gambar kenangan kontijen Negeri Sembilan.